BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

duit tabung saya..klik ya

Tuesday, April 26, 2011

iNfO cAnTik...

Hi N Salam 1Malaysia my friends...,

Hari nie saya nak berkongsi serba sedikit info tentang kecantikan..Erm anda semua suka ke x?.Kalau suka baca la yea n kalau yang x suka tue xper arr ..
shock
Ok tajuk kita hari nie berkaitan tentang penggunaan maskara.Macam biasa maskara antara alat solekan yang tidak dapat dipisahkan oleh wanita kan2..Malah wajah seseorang wanita itu mampu berubah menjadi lebih menarik dengan hanya mengoleskan maskara pada bulu mata.

Jenis2 Mascara..nye pulak....

  • Thickening Mascara(Mascara Untuk Menebalkan).
Membantu menebalkan bulu mata,khusus buat wanita yang memiliki bulu mata yang panjang tetapi tidak cukup tebal.Maskara ini juga sesuai dipakai oleh mereka yang memiliki bulu mata yang pendek namun lentik.

  • Lengthening Mascara.(Mascara Untuk Memanjangkan).
Mascara jenis ini pula berfungsi untuk memanjangkan bulu mata kerana mengandungi 'plastic polymers' yang akan menempel pada hujung mata dan memberi kesan bulu mata lebih panjang.Ianya sangat sesuai untuk mereka yang berbulu mata pendek.

  • Curling Mascara.(Mascara Untuk Melentikkan).
Mascara jenis ini bermanfaat membuat bulu mata lebih lentik dan cantik .Selain itu formulanya membuatkkan bulu mata lebih mudah dibentuk dan lebih hitam serta bentuk sisirnya yang melengkung merupakan kunci utama mascara jenis ini.Dengan sisir sikat yang tepat dan lengkungan yang sempurna ,bulu mata yang lentik akan terbentuk..

2 Formula Mascara.
  • Non-Waterproof Mascara.(Mascara Tidak Kalis Air).
Mascara jenis ini mengandungi formula yang tidak tahan air dan mudah luntur.Dari segi kelebihannya pula ia mudah dibersihkan hanya dengan menggunakan air panas.
  • Waterproof Mascara.(Mascara Kalis Air). 
Kelebihan maskara jenis ini adalah formulanya yang tahan air sehingga tidak akan hilang jika terkena air.Sayangnya ia sangat kering dan kurang sesuai dipakai bagi solekan harian dan anda digalakkan untuk memakainya bagi aktiviti2 yang 'dekat' dgn air  cth:berenang,memancing dll.Untuk bersihkannya pula pakailah pembersih khusus riasan wajah (Eye-makeup remover)@baby oil.

Last sekali tips2 pemilihan warna Mascara.        

  • Rambut Hitam-Pilih mascara warna coklat tua (Dark Brown)@hitam kebiruan (Blue Black).
  • Rambut Kemerahan-Pilih mascara warna coklat tua (Dark Brown)@hitam semulajadi(Natural Black).
  • Rambut Kecoklatan-Pilih mascara warna hitam(Natural Black).
  • Rambut Beruban.(Grey Hair)-Pilih maskara warna hitam keabu-abuan (Charcoal)@hitam semulajadi(Natural Black).            
 P/s:He2 kan senang n mudah kan petua n tips nie.


cantik dan menawan kan 2..

0 comments: