BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

duit tabung saya..klik ya

Tuesday, April 12, 2011

Buku yang menarik...n penuh pengajaran.


  Natrah(Nadra@Huberdina Maria Hertogh@Bertha.(1937-2009).
     Cinta,Rusuhan Dan Air Mata....oleh Fatini Yaacob.


Firstly saya berminat nak tau tentang cerita natrah nie dah lama dah ..walaupun kalau nak diikutkan saya masih belum lahir ke dunia  waktu peristiwa tragis tue berlaku.

Kemudian bila sutradara filem Erma Fatima buat teater tentang Natrah pada 30 Nov 2009 sehingga 9 Dec 2009 bertempat di Panggung Sari Istana Budaya saya teringin sangat nak pergi untuk melihat bagaimana para pelakon -pelakon mengadiptasikan pembawaan watak mereka sama ada berkesan ataupun tidak...malangnyer x berkesempatan nak pergi tengok sampailah habis tayang teater tue maklumlah busynyer saya nie mengalahkan menteri la pulak he..he.

Pastue dalam tahun lepas saya  survey buku Natrah tue kat MPH ,malangnyer masa tue x der stok lagi dan perlu membuat tempahan terlebih dahulu.Akhirnya dalam tempoh 2 minggu jugak rasanya baru buku Natrah nie ader dijual kat MPH tue.Balik jer rumah memang betul-betul baca  macam nak ambik exam pulak..sampaikan x boleh nak berenggang dengan buku tue even pergi kerja pun bawa n baca buku tue.

Cerita autobiografi nie memang betul-betul menarik ,banyak pengajaran n memang menitis air mata bila kita seolah-olah dapat rasakan kesedihan yang dialami oleh Natrah sewaktu berpisah dengan orang yang tersayang Mansor Adabi ngan ibu angkat dier Che Aminah,pengkhianatan yang dialami dari waktu dier kecik sehingga menjadi satu tarauma kepanya untuk pulang semula ke tanah melayu pada hayatnya masih ader...

So sapa-sapa yang x baca lagi buku tue pergilah beli and nilai sendiri  macammana ???


0 comments: