BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

duit tabung saya..klik ya

Thursday, April 7, 2011

Abah tersayang...

SALAM,




Rasanya dah lama saya x update dan menulis apa-apa coretan dalam blog nie...sibuk sangat sampai terlupa password untuk blog sendiri...dan terlalu banyak masalah dan dugaan yang mendatang.




Insyaalah.
Saya akan cuba untuk menulis kembali apa saja coretan walaupun mungkin tidak sekerap dulu..Baru-baru ini saya telah kehilangan seorang insan yang paling bermakna dan yang paling saya sayang iaitu abah tercinta.Permergian  arwah abah  pada tanggal 27/3/2011 amat mengejutkan  untuk kami sekeluarga..lebih-lebih lagi abah seorang yang sihat dan aktif sepanjang hayatnya.




Tapi mungkin telah ditakdirkan arwah abah pergi pada usia yang muda iaitu 53 tahun..masih dalam hati saya sukar untuk mengiyakan yang saya dan keluarga telah kehilangan abah...Tapi apapun saya dan keluarga kena redha  dengan ketentuanNya.


Perginya abah secara mendadak dan tiba2,saat itu kami sekeluarga begitu yakin abah akan sembuh walaupun mungkin tidak seperti sediakala..tapi mungkin Allah s.w.t lebih menyayanginya..abah meninggalkan kami tepat pada pukul 5.55 minit petang bersamaaan dengan hari Ahad 27/3/2011.


Waktu tue saya masih ingat adik dan kakak menangis begitu juga dengan ahli kelurga yang lain,dan saya tersedar yang abah yang  saya sayang telah pun pergi ke rahmatuallah...


Kini tiada lagi dengar suara garau abah memanggil kami,mengajarku memasak resepinya yang tersendiri...dan abah yang begitu penyayang dengan cucunya.


Ya Allah,
Hanya doa tanda ingatan yang dapat kami sampaikan buat arwah abah tersayang...WAN AZHAR BIN WAN OSMAN,
Tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Amin..amin ya rabbal alamin..

0 comments: