Assalamualaikum n Salam sejahtera my friends..
Erm maaflah hari nie saya baru jer nak update story baru kat blog sweet cherry nie.Maklumlah saya nie kerja ikut shift so kadang -kadang sampai rumah pun lewat malam n naik juga shift malam jadi xder la berkesempatan sangat nak meluah isi hati yang terpendam..hu..hu.
Semalam genap 40 hari pemergian arwah abah tercinta yang telah kembali ke Rahmatullah pada 27 hb Marc 2011 bersamaan dengan 22 Rabiulakhir 1432 Hijrah dan alhamdulilah segala urusan majlis bacaan tahlil yang telah dilakukan semalam berjalan dengan lancar dengan limpah dan rahmat dari ALLAH S.W.T.Dan terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang banyak membantu untuk memudahkan majlis, hanya ucapan jutaan terima kasih yang dapat saya dan kelurga lampirkan ..Semoga Allah membalas kebaikan dan jasa yang tuan/puan berikan.Amin
Rasanya macam semalam jer peristiwa itu berlaku,.sememangnya kalau ikutkan rasa hati memang sukar untuk saya menerima kehilangan arwah abah yang begitu mendadak dan secara tiba2.Masih saya ingat riang nya senyum abah ketika menyuruh saya menelefon cucunya untuk bertanya khabar setiap kali mengambil saya pulang dari bekerja..,baikknya abah yang sentiasa mengajar saya memasak dengan resepi air tangannya yang tiada bandingan,dan abah yang sentiasa ader di saat saat saya dan adik-adik memerlukan nya.Walaupun riak wajah abah yang serius dan abah seorang yang tegas tapi dia juga seorang yang suka berjenaka dengan kami dan tidak kisah membantu sesiapa sahaja yang memerlukan bantuannya tidak kira sanak saudara mahupun rakan-rakannya.

Entahlah sehingga kini saya masih cuba untuk menerima yang abah takkan kembali lagi.. walaupun mungkin x terbalas jasa2 yang abah curahkan kepada saya dan adik-beradik, saya dan keluarga berjanji akan menjaga emak dengan sebaik-baiknya.Dengan segala tunjuk ajar yang telah arwah abah sampaikan dan saya yakin kami sekeluarga akan dapat mengharungi dugaan dan juga rintangan yang mendatang..Insyaallah.
Akhir sekali hanya doa yang dapat k.chik sampaikan . untuk abah.Semoga arwah abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
PIC MA BERSAMA ARWAH ABAH TERSAYANG.. |
Amin..amin yarrabbal alamin.
P/S:Al-Fatihah buat arwah abah tersayang Wan Azhar Bin Wan Osman.