BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

duit tabung saya..klik ya

Thursday, April 28, 2011

la..la

Salam .. n hi to all my lovely friends..

hi..




Hari nie saya kerja malam la pulak..hu..hu,
Erm tentu kawan2 masing-masing sedang lena diulit mimpi kan2..Erm nak buat macammana ..demi tugas dan amanah yang diberi saya akan melaksanakan selagi yang termampu.Chewah2...,




Macam biasa arr time-time camnie la saya rajin juga surf internet tengok..apa story-mory yang happening kat luar tue..Almaklumlah yek asyik busy memanjang jer.Sebenarnya kat opis nie x tentu jugak coz line broadband tut.......tut...x berapa nak pakai.Dalam sebulan boleh kira boleh connect dalam 2@3 kali jer ok line dier,kalau x baru jer connect sikit dah terputus even selalunya x sampai pun 5minit..Tension x usah nak cakap arr rasa macam nak campak ke lombong pun ader...Nie pun nasib baik arr ader kakak Liza Yang baik hati kasi pinjam broadband..thanks a lot yea..sayang akak..


Sabar jer la,.kang kalau xsabar boleh jadi macam Usop Wilca la pulak!..bak kata dier 'Kita Bako' ajer habis citer..hu..hu.
Kasi bako jer!!


Ok arr kita time-off story tue dulu yea ,sekarang nie saya nak citer yang saya suka banget dengar  lagu latest dari group Fx (Korean).Tajuk dier kalau x silap la Pinocchio@(Danger).Mula-mula macam kelakar jer tapi lama2 best pulak.So apalagi u all nanti dengar n kalau rajin komen arr kat blog nie yea..

                    
Pening2
Ops sebelum terlupa ,saya nak ucap terima kasih banyak2 untuk adik Nurul tersayang kerana dah tolong buatkan blog nie   untuk accept komen ,sebelum nie langsung x boleh..Nanti k.hik belanja makan yea..

p/s:Dengar yea x rugi pun he2..Peace No War..Da...

Wednesday, April 27, 2011

ImPiAn YaNg TeRinDAh..

Salam n hi to all my lovely friends..
Hari nie macam biasa la x tau nak update story-mory apa pulak..hu..hu.Almaklumlah baru jer balik dari opis Fikiran pun macam mamai n badan pun asyik lenguh n sakit jer!!.Erm apalah cik flowers nie ,belum tua lagi dah asyik nak merungut jer macam orang tua kan2..(Mengata diri sendiri)nampak!...

Ok lah hari nie saya nak citer tentang impian saya yang belum lagi tercapai..U all semua tentu ada impian kan?.Dulu masa kecik-kecik saya selalu berangan dan mempunyai impian yang sangat tinggi .Nak tau x ?.Impian saya ialah nak jadi seorang puteri raja dan mempunyai istana yang sangat indah  dan menjadi antara orang yang paling kaya di dunia...he..he(Mata Duitan) betul.!.Tapi sayang itukan sekadar impian seorang anak kecil yang belum tentu dewasanya.

Jadi sekarang nie bila usia saya semakin menginjak dewasa ,saya sedar yang saya perlu ada satu impian yang insyaallah saya akan cuba untuk mengapainya walaupun saya tau ianyanya mungkin x semudah yang disangka.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah saya ingin pergi bersama-sama keluarga  untuk menunaikan haji dan menggembirakan ibu saya yang tercinta,walaupun bukan dengan limpahan emas dan juga permata tapi saya yakin ibu pasti orang yang teramat gembira..dengan apa sahaja pilihan anaknya.

p/s:Insyaallah..
Doakan saya yea..kawan2.

Tuesday, April 26, 2011

iNfO cAnTik...

Hi N Salam 1Malaysia my friends...,

Hari nie saya nak berkongsi serba sedikit info tentang kecantikan..Erm anda semua suka ke x?.Kalau suka baca la yea n kalau yang x suka tue xper arr ..
shock
Ok tajuk kita hari nie berkaitan tentang penggunaan maskara.Macam biasa maskara antara alat solekan yang tidak dapat dipisahkan oleh wanita kan2..Malah wajah seseorang wanita itu mampu berubah menjadi lebih menarik dengan hanya mengoleskan maskara pada bulu mata.

Jenis2 Mascara..nye pulak....

  • Thickening Mascara(Mascara Untuk Menebalkan).
Membantu menebalkan bulu mata,khusus buat wanita yang memiliki bulu mata yang panjang tetapi tidak cukup tebal.Maskara ini juga sesuai dipakai oleh mereka yang memiliki bulu mata yang pendek namun lentik.

  • Lengthening Mascara.(Mascara Untuk Memanjangkan).
Mascara jenis ini pula berfungsi untuk memanjangkan bulu mata kerana mengandungi 'plastic polymers' yang akan menempel pada hujung mata dan memberi kesan bulu mata lebih panjang.Ianya sangat sesuai untuk mereka yang berbulu mata pendek.

  • Curling Mascara.(Mascara Untuk Melentikkan).
Mascara jenis ini bermanfaat membuat bulu mata lebih lentik dan cantik .Selain itu formulanya membuatkkan bulu mata lebih mudah dibentuk dan lebih hitam serta bentuk sisirnya yang melengkung merupakan kunci utama mascara jenis ini.Dengan sisir sikat yang tepat dan lengkungan yang sempurna ,bulu mata yang lentik akan terbentuk..

2 Formula Mascara.
  • Non-Waterproof Mascara.(Mascara Tidak Kalis Air).
Mascara jenis ini mengandungi formula yang tidak tahan air dan mudah luntur.Dari segi kelebihannya pula ia mudah dibersihkan hanya dengan menggunakan air panas.
  • Waterproof Mascara.(Mascara Kalis Air). 
Kelebihan maskara jenis ini adalah formulanya yang tahan air sehingga tidak akan hilang jika terkena air.Sayangnya ia sangat kering dan kurang sesuai dipakai bagi solekan harian dan anda digalakkan untuk memakainya bagi aktiviti2 yang 'dekat' dgn air  cth:berenang,memancing dll.Untuk bersihkannya pula pakailah pembersih khusus riasan wajah (Eye-makeup remover)@baby oil.

Last sekali tips2 pemilihan warna Mascara.        

  • Rambut Hitam-Pilih mascara warna coklat tua (Dark Brown)@hitam kebiruan (Blue Black).
  • Rambut Kemerahan-Pilih mascara warna coklat tua (Dark Brown)@hitam semulajadi(Natural Black).
  • Rambut Kecoklatan-Pilih mascara warna hitam(Natural Black).
  • Rambut Beruban.(Grey Hair)-Pilih maskara warna hitam keabu-abuan (Charcoal)@hitam semulajadi(Natural Black).            
 P/s:He2 kan senang n mudah kan petua n tips nie.


cantik dan menawan kan 2..

MuTiaRa KaTa...

'Cantik itu indah tetapi yang indah akan mudah menjadi kabur jika diri sendiri tidak tahu hendak menilai atau memeliharanya.'


Senyum itu satu sedekah....






'Kecantikan itu adalah rahsia peribadi .Keelokkan budi pekerti dan kesopanan adalah tunggaknya.Wajah hanya sementara ,peliharalah moga keindahannya tetap menjadi rahsia.. '

p/s:Renung-renungkan yea...Daaa..

Mother – that was the bank where we deposited all our hurts and worries. Bring your mom & join the "Mom on FB" contest. #MomOnSummitFB

Mother – that was the bank where we deposited all our hurts and worries. Bring your mom & join the "Mom on FB" contest. #MomOnSummitFB.

Ibu..engkaulah dewi hatiku..,and u alwayls be by my side..thanks ma.

Friday, April 22, 2011

kEnaNgaN tErINdah...

 AssaLamUaLAIkum N SaLaM 1mALaYsIA....mY Friends,

Cute x saya

Firstly saya nak tanya la kan ,u all ingat lagi ke tidak kenangan waktu zaman  sekolah dulu..Mesti ramai yang masih ingat kan ..xkira la kenangan or memori tue manis ke pahit betul x?.

 Ok lah hari nie saya nak citer pasal kenangan time sekolah pulak la yea..Erm saya nie kalau kat sekolah dulu xderlah nerd sangat..hu..hu,tapi ader la jugak rajin pergi ke kelas tambahan n suka bawa banyak buku.Kalau naik bas pulak mesti duduk kat tepi driver or cari seat yang kat depan jer sampai my twin ask n marah apasal xnak duduk kat belakang even ader kekosongan jawatan eh2 melalut pulak dah  maksud saya seat kosong kat belakang pun saya xkan duduk melainkan my sis yg carikan n suruh duduk.Why?...Bagus pertanyaan tue..saya pun kadang2 jadi pelik biler pikir -pikir balik rasa nak tergelak pun ader..Entahlah mungkin time tue malu2 lagi dengan budak lelaki even sampai sekarang pun sama kot cuma ader berani sikit..

Sebelum terlupa saya nie dulu sekolah perempuan jadi x berkesempatan la nak sekolah campur pun ,itupun sekolah dekat dengan sekolah vokasional,jadi macam biasa arr kalau hari Jumaat kan balik awal ,time tue jangan cakap arr mesti  bas penuh sendat n sesak xingat punya.


Joget Kejap La
Dulu time sekolah menengah saya paling suka subjek Sejarah ,English Literature,Bahasa Melayu ngan matapelajaran Agama.Matematik tue lemahlah sikit almaklumlah ambik jurusan Sastera la katakan he..he.Tuelah yang suka menulis n meluah perasaan jer orangnyer.

Masa tue jugak sekolah saya nie cuma ader 2 orang jer cikgu lelaki  kalau tak silap name dier Cikgu Chow dengan Cikgu Bakri@Baharudin lupa la pulak namanye.Ingat lagi adalah satu time nie ,sekolah saya ader ambik cikgu pratikal lelaki masa tue jangan cakap arr banyak jugak member2 or kakak2 senior nak buat abang angkat la macam-macamla,sebab tue kot lepas dari tue sekolah kitaorang dah x ambik dah cikgu lelaki.Kesian n kelakar kan 2.Mesti tension n kempunan diorang tue kot.

Pikir lagi he2.
 Cikgu perempuan kat sekolah saya  pulak jangan cakap arr cun x ingat n masing-masing pandai bergaya .Agaknya sebab tue lah cita-cita saya nak jadi cikgu tapi malangnyer x kesampaian la pulak hu..hu.Tapi apapun saya bersyukur kepada cikgu2 yang telah banyak bersusah payah mendidik saya sehingga menjadi orang yang berguna pada keluarga n negara tercinta (PATRIOTIK) chewah semangat betul!!!.

Tapi bila difikirkan balik zaman kita sekolah dulu xder pun keluar citer pasal bohsia,bohjan  n gejala buang bayi or pelajar yang marah n berdendam ngan cikgu betul x?.La nie jer macam menjadi-jadi la pulak kes2 macam tue n banyak jugak la budak2 yang dah x hormat pada cikgu lagi.Rasa sedih bila difikirkan balik.seolah2 xder penghargaan untuk mereka (cikgu)yang sanggup berkorban demi mengajar anak bangsa supaya dapat memajukan masa depan negara.

Berbalik pada story -mory saya tadi ,anda semua mesti pernah rasa n pikir kan bilerlah sekolah nie nak habis biasanya yang selalu pikir camtue biler kita dah naik Form 5.Tapi sekarang mesti kita rasa macam nak kembali ke zaman sekolah balik kan2.Memang betul kata cikgu yang katanya nanti biler kamu semua dah bekerja tentu kamu akan rasa ingin kembali ke zaman sekolah semula.

Sampai sini jerlah citer yang saya nak kongsikan bersama dengan anda semua..Nanti ader masa saya update citer lain pulak yea..

So Sad
u/p:My mum pun cikgu jugak.Sejarah ,Bahasa Melayu ,Cikgu Disiplin n also GPK HEM.Saya bangga n Sayang Ma.

Thursday, April 21, 2011

ReNuNgKAn ia SeJeNak...

Kenangan ma n arwah abah tersayang.
Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita? Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ? Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.?? Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga. Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau.. Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga.. Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya".. Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita.. (sebarkan jika kita sayang kepada ayah kita).

Dengarkan lagu nie untuk renungan dan tatapan bersama..

Sunday, April 17, 2011

oNe LiTtLe Of TeArS..

aSsaLAmUaLAIKum n SaLam1 mALaYsIa...KaWAn2.,


La..la..la, hari nie saya nak cerita apa pulak yek?..  Rasa-rasa cam nak cerita tentang citer Jepun pulaklah.Boleh yek??.Citer yang saya nak kongsikan nie tajuk dier ialah OnE LiTtLe  Of TeArS,citer nie berdasarkan based of the true story.Ianya benar-benar berlaku dan citer ni pun memang pernah ditayangkan dekat negara kita...kalau x silap dekat 8tv setiap hari Sabtu pukul 6 ptg sehingga pukul 7malam.



ONE LITTLE TEARS..

Ini pulak sinopsis serba sedikit tentang cerita tueKetika berumur 15 tahun, Aya Kito merasakan perubahan yang sangat ketara pada dirinya. Secara tiba-tiba sahaja tubuhnya menjadi kurus, dan juga sering sahaja terjatuh tanpa penyebab yang jelas. Rupa-rupanya itu merupakan gejala awal serangan penyakit Spinocerebellar ataxia (SCA), penyakit  yang belum ada pengubatnya.

Kisah penuh air mata ini sungguh meruntun dan menyentuh jiwa  ,ini kerana walaupun menahan kesakitan dan penderitaan  yang sangat hebat, Aya Kito terus berjuang untuk melawan penyakitnya itu. Kisah benar  ini telah diangkat menjadi drama bersiri di Jepun dengan  menggunakan tajuk 1 Liter of Tears, yang tidak hanya mengalirkan air mata, tetapi juga membangkitkan semangat untuk kita agar sentiasa  menghargai kehidupan.


The Memory of AyA KitO...
Aya was a very bright, hardworking student, throughout her disease her doctor yamamoto, reported her as a very positive willing patient, even though her death was inevenetble.
Apa itu penyakitSpinocerebellar Ataxia /Penyakit Degeneratif Syaraf.




Penyakit degeneratif saraf (bahasa Inggrisspinocerebellar ataxia, spinocerebellar Degeneration), mungkin banyak dianggap merupakan dua penyakit yang berbeza, namun ini adalah satu penyakit, yang hanya berbeza pada nama .Antara gejala-gejala penyakit Spinocerebellar Ataxia atau lebih dikenali sebagai Ataxia  ialah:
 
#Pergerakan tidak terkawal(tiba2 jatuh tanpa sebab,tidak dapat menjaga keseimbangan diri. 
#Pergerakan terhenti secara tiba2 dan tidak mampu mengendalikan syaraf motorik tubuh.

    Dan bila sudah teruk,pesakit biasanya tidak boleh berjalan dan hanya bergantung kepada penggunaan kerusi roda,malahan pada akhir hayat hanya mampu terbaring di katil dan hanya bergantung harap dengan bantuan orang di sekelilingnya.Erm sedihkan... jadi jangan lupa yea pergilah tengok sendiri citer nie memang betul2 sedih n memang best..Aah sebelum terlupa ada sebuah buku jugak yang diapditasikan dari diari hidup sebenar yang ditulis sendiri oleh Aya Kito sewaktu dier masih hidup dan tengah berjuang untuk melawan penyakitnya itu ..Tajuknya ialah A Diary With Tears.Dan kat bawah nie pulak ialah link  untuk citer dier:



      ps:Tak Rugi KaLAU mEnoNtOn....


      AnTaRa SeDuTAn





      Saturday, April 16, 2011

      aLoHa...

      Hi N SaLAm CeRiA...mY frIEnds,



      SaYa SaYaNg KaMu..
      Hari nie lewat sikit online, tue yang lambat update story kat blog nie..Erm ,nape rasa rindu ker???.By the way saya nak ucap tima kasih banyak-banyak pada member2 blogger yang sudi bagi support n semangat .. untuk teruskan buat blog nie..Love it so much.



      Ok topik yang saya nak cerita hari nie tentu kamu semua nak tau kan.Firstly saya nak tanya u all pernah tengok x?, atau minat tengok cerita telenovela yang pernah famous kat negara kita satu ketika dahulu..(Please Remind Ur Self)k.Mesti pernah kan ader yang terjatuh cinta jugak bile tengok hero n heroine dier n story dier orang pun not bad jugak,betul tak?.

       Kla,antara telenovela yang cukup meletup kat negara kita nie ialah macam citer Rosalinda,Maria Mercedes,La Usurpadora ,Mis Tres HerManaS  n banyak lagi la.Time citer tue mula-mula tayang saya masih sekolah lagi...n kawan 2la yang mempekenalkan citer tue kat saya kata mereka rugi kalau x tengok.

      La UsUrPaDoRA

       So ,saya pun cubalah tengok itupun kalau x silap dah separuh citer dah even cikgu-cikgu kat sekolah saya pun minat jugak dengan Paulina Martinez,Paola Braco n hero dier kalau x silap Carlos Daniel he..he maklumlah sekolah perempuan la katakan.N ,kadang-kadang member kat sekolah pun panggil saya n my sis macam tue..aiks terlebih sudah bukan ape coz saya nie kan twins so diorang panggil ibarat macam watak tuelah.Yealah perangai  saya ngan twin saya tuepun macam tue jugak..hu..hu.
      CaNtIk KaN

      Citer Rosalinda pulak saya tengok time saya dah masuk ke Kolej,masa tue jangan cakap la even kawan lelaki sayapun pakai ringtone lagu cover Rosalinda,bile ingat balik macam tak macho pun ader he..he .Apa boleh buat kan2 dah kalau memang suka .Tapi yang xberapa nak bestnyer pulak saya xder la berkesempatan sangat nak tengok ending story dier coz time tue saya terlibat dengan Exam.Dalam hati masa tue memang tension betul coz xdapat tengok memang dah x der rezekila katakan.Even sekarang pun kalau nak surf kat internet pun susah nak cari yang ader guna eng subbed n video citer tue pun susah nak jumpa.

      Apapun sebelum saya masuk tido saya sertakan sikit thEme song untuk citer tue..Nanti korang tengok yea!!!..


                                                                             RoSaLinDA


      And LAST  sekali theme song cIter La Usurpadora pulak.




                                                                            La Usurpadora
      Ok la sampai disini jer la catatan or story untuk hari nie..coz mata pun dah ngantuk sangat2.So selamat malam ...n sweet dream k.Da...

      This is going to be big, better and wait for it.. BERRIER! Check out what berry are you this instant! #digiwhatberry

      This is going to be big, better and wait for it.. BERRIER! Check out what berry are you this instant! #digiwhatberry




      let's take a sweet picture together...love it!!.

      let's take a sweet picture together...love it!!.

      SaY cHeESe

      Friday, April 15, 2011

      Nak CaNtIk X???.

      Hi N SaLaM cErIa-CeRia SeLaLU...


      Ok la hari nie saya nak memperkenalkan satu produk kecantikan yang cukup simple tapi boleh buat muka adik-adik or kakak-kakak nie flawless senantiasa even without make-up pun...Ha menarik bunyinyer kan2..,

      Mesti korang x sabar-sabar nak tau apa jenis n nama produk tue kan..,Korang pernah tengok or layan x citer or movie artist2 korean tue.!!..kalau dah mesti korang teringin sangat kan nak ader rupa paras yang cantik macam mereka betul x???.n wajah mereka tue nampak cam semulajadi jer kan macam xpayah letak make-up banyak -banyak pun x macam kita nie kalau nak pergi kedai depan rumah pun mekap maunyer nak sampai setengah jam nak touch -up aper yang patut..nanti kang nampak jerawat pulak..he..he.


      Tentu anda dah x sabar nak taukan nama produk tue.Kla nama produk yang saya nak war-warkan tue ialah Bb Cream or lebih dikenali sebagai Blemish Balm Cream.Bb Cream nielah yang artist-artist korean tue selalu pakai untuk cantikkan kulit mereka.Contoh Bb Cream yang famous dier orang guna ialah Skin 79 Hot Pink,Dr.Jart n banyak lagi..


      BB CREAM SKIN79 HOT PINK N BB CREAM GOLD.     








      10 Sebab Kenapa Guna BB CReam

      MeNarIk Kan2..


      Nie pulak contoh perubahannya..


















       Nie pulak cara pakai dier,




      Ha makin cantik kan...nanti bolehlah jadi macam artist2 korean tue he...he.Nie pulak contoh artist yang pakai BB CREAM tue .Jadi tunggu aper lagi ..pergilah survey yea...da...











      Thursday, April 14, 2011

      LaWak..LaWaK cInTA..

      SaLam N SeLaMat pAgI sEmuA ...,


      Mata nie x ngantukla pulak..tue la pasal tangan nie asyik nak menulis jer.Lagipun orang yang bekerja shift macam saya nie kena berjaga jer nanti kalau terlelap bahaya pulak. Yealah kerja saya nie pun melibatkan nyawa orang jugak,so kalau nak tidur pun sekejap jer n secara bergilir -gilir dengan member.


      Erm,anda nak tau saya kerja aper??.(mistery-mistery) la tetiba jer terkeluar lagu Beast pulak.Jangan mare yer nanti cepat tua hu..hu.Ok lah saya sebenarnya nak cerita pasal pertandingan raja lawak yang baru jer habis kalau x silap 21 Mac yang lalu.Ooo,actually saya bukannyer nak cerita pasal pemenangnya tue .

      Nazmi

      Tapi pasal salah seorang peserta dier yang namanyer kalau x silap Nazmi kot nama dier .
      Mula -mula saya nie bukanlah orang yang suka tengok citer n pertandingan Raja Lawak tue. Nie pun saya berrminat nak tengok coz my sis la...Dier la yang tunjukkan video time si Nazmi tue baca puisi yang tajuk dier Cinta,masa tue lah saya tengok n x henti2 ketawa coz kelakar habis.Lepas dari tue saya cuba la layan tengok pertandingan Raja Lawak tuepun semata-mata nak bagi support kat dier..tapi sayang mungkin bukan rezeki kot untuk dier menang dalam pertandingan tue..Apa-apapun tahniah la pada pemenangnyer .

      Ok La sapa -sapa yang terlepas tengok video tue tengoklah puas2 yea.

      LaYan JeR...he..HE

      Nie antara salah satu lagu yang saya suka....coz lirik dier macam ader kena-mengena jer dengan saya,chewah-chewah terbuang perasaan pulak...tapi xper jangan jadi giler sudah...hu..hu.






      Lagu nie tajuk dier LoVe,LoVe n LoVe nyanyian dari kumpulan Ft IslaNd  ,memang best lirik lagu nie memang senang tangkap feeling punyer...

                                                   Dan yang  kat sebelah  bawah nie pulak penyanyi utamanya.dier Le HoNg Ki namanyer ..handsome ngan cute kan2...

      Le HoNG kI
      Aper lagi jom Kita Layan....




      SeNaNgNyer ...LoVe iT vErY mUcH.

      hi and salam 1malaysia...,

      Ok,hari nie saya sajer-sajer jer surf kat internet tutorial cara-cara pakai make-up.Walaupun kalau nak diikutkan  saya bukanlah seorang yang jenis pandai bermekap sangat pun .....he..he.Tapi saya tau ramai wanita ngan cik adik -cik adik kat luar sana yang suka dengan kecantikan kan n lelaki pun sama lagilah suka kalau pasangan or kekasih mereka tetap cun n cantik senantiasa ..betul x???.

      Jadi apakata kita mula dengan cara-cara pemakaian  make-up yang natural dahulu..yealah kalau berlebihan kang nanti dikata buang tabiat la pulak hu2...,k arr nie dier videonyer  ...
                                                                    cUn KaN...

      Jadi tunggu aper lagi ...cubalah yek...mana tau nanti anda semua boleh jadi cun-melecun lagipun make-up macam nie memang sesuai kalau nak pergi kerja n bersiar-siar dengan pakwe or rakan-rakan coz time untuk bersiap pun cuma 5 minute jer,and pada yang dah kahwin tue lagi husband dier suka punya arr coz dah xpayah tunggu lama-lama lagi...                                                                     

      Cuba jangan x cuba yea......cau cin cau.

                                                                                                               

      Wednesday, April 13, 2011

      Jatuh Cinta Lagi...???

                          Secret Garden....Love it..


      Memang saya dah jatuh cinta dengan citer secret garden nie..betul2 dah terjatuh cinta nasib baik x jatuh tangga jer hu..hu(jangan marah arr).Sebenarnya saya ingat cerita nie xlah menarik mana yealah coz dulu, saya layan tengok citer Boys Over Flowers... tue pun sebab citer dier best n actor n actress dier memang cun x ingat..betul x??.


      Baju Bling2..
      K..arr citer nie saya berminat nak tengok coz ramai artis kat korean yang suka dengan citer nie n citer niepun memang betul-betul meletup la kat sana.Sampaikan baju yang artist Hyun Bin nie pakai pun ader pengikut dier..memang berkesan betul lakonan dier tue .Lagi satu sebab kenapa saya suka tengk citer nie lagi tentulah kerana heroine dier Ha Ji Won 

      HA JI WON
      .Memang cun n ader style orangnyer  nama dier pun dah memang glamour antara  seorang pelakon yang berkaliber dengan pembawaan watak yang berkesan.Kalau korang rajin layan lagu WonderGirls ader satu lagu yang tajuknya So Hot ...kat situ time rapper part tue ader terselit nama Ha Ji Won tue jugak.Oklah sebelum saya nie merepek n bercakap yang bukan-bukan  inilah  serba sedikit sinopsis tentang citer tue.

        Sinopsis:The drama tells the story of Kim Joo Won (Hyun Bin), a seemingly perfect man who hides an arrogant and eccentric side, and Gil Ra Im (Ha Ji Won), a stuntwoman whose beauty and body are the object of envy amongst top actresses. One day they went deep into the mountains and entered a strange house, where a strange grandmother offered them chocolate to eat. The next day, they found  themselves in the other's body.
                                                    BIG BANG PARODY 1/2
      Interesting kan ...n banyak artist yang buat parody untuk drama nie.Antara salah satunya kumpulan famous Big Bang dan  yang latest  sekali  dari Taecyeon 2PM dengan Daesung Big Bang memang kelakar habis..

                                                    BIG BANG PARODY 2/2

      Jadi tengok jangan x tengok yea.. 


                                                         Taecyeon and Daesung

      Tuesday, April 12, 2011

      Buku yang menarik...n penuh pengajaran.


        Natrah(Nadra@Huberdina Maria Hertogh@Bertha.(1937-2009).
           Cinta,Rusuhan Dan Air Mata....oleh Fatini Yaacob.


      Firstly saya berminat nak tau tentang cerita natrah nie dah lama dah ..walaupun kalau nak diikutkan saya masih belum lahir ke dunia  waktu peristiwa tragis tue berlaku.

      Kemudian bila sutradara filem Erma Fatima buat teater tentang Natrah pada 30 Nov 2009 sehingga 9 Dec 2009 bertempat di Panggung Sari Istana Budaya saya teringin sangat nak pergi untuk melihat bagaimana para pelakon -pelakon mengadiptasikan pembawaan watak mereka sama ada berkesan ataupun tidak...malangnyer x berkesempatan nak pergi tengok sampailah habis tayang teater tue maklumlah busynyer saya nie mengalahkan menteri la pulak he..he.

      Pastue dalam tahun lepas saya  survey buku Natrah tue kat MPH ,malangnyer masa tue x der stok lagi dan perlu membuat tempahan terlebih dahulu.Akhirnya dalam tempoh 2 minggu jugak rasanya baru buku Natrah nie ader dijual kat MPH tue.Balik jer rumah memang betul-betul baca  macam nak ambik exam pulak..sampaikan x boleh nak berenggang dengan buku tue even pergi kerja pun bawa n baca buku tue.

      Cerita autobiografi nie memang betul-betul menarik ,banyak pengajaran n memang menitis air mata bila kita seolah-olah dapat rasakan kesedihan yang dialami oleh Natrah sewaktu berpisah dengan orang yang tersayang Mansor Adabi ngan ibu angkat dier Che Aminah,pengkhianatan yang dialami dari waktu dier kecik sehingga menjadi satu tarauma kepanya untuk pulang semula ke tanah melayu pada hayatnya masih ader...

      So sapa-sapa yang x baca lagi buku tue pergilah beli and nilai sendiri  macammana ???


      Monday, April 11, 2011

      "Grenade" (Studio Session) LIVE!!!

      The best song ever!!!! im fallin in love with it.    


      First time dengar lagu nie kat handphone kakak n adik,mula-mula x berapa berkenan tapi lama-lama dah terjatuh cinta plak...he..he,


      Past2 survey la video2 kat youtube website,memang best betullah Bruno mars nie nyanyi live...macam dalam album  100%.Suara dier mantap x ingat walaupun orangnyer nampak cam biasa-biasa jek...betul x???.Kalau kat malaysia nie suara yang betul-betul mantap rasa-rasa sapa yek?.Maybe Anita Sarawak KOT!,Coz dier tue kan memang superb dan x semput pun biler menyanyi n mnari..kan2..


      Kalau artis muda nie x taulah sapa yang ok ...time nyanyi tapi kebanyakkan nyer macam x cukup nafas jer biler kena nyanyi live atas stage...Entahlah..no comment ????.





      Thursday, April 7, 2011

      Abah tersayang...

      SALAM,




      Rasanya dah lama saya x update dan menulis apa-apa coretan dalam blog nie...sibuk sangat sampai terlupa password untuk blog sendiri...dan terlalu banyak masalah dan dugaan yang mendatang.




      Insyaalah.
      Saya akan cuba untuk menulis kembali apa saja coretan walaupun mungkin tidak sekerap dulu..Baru-baru ini saya telah kehilangan seorang insan yang paling bermakna dan yang paling saya sayang iaitu abah tercinta.Permergian  arwah abah  pada tanggal 27/3/2011 amat mengejutkan  untuk kami sekeluarga..lebih-lebih lagi abah seorang yang sihat dan aktif sepanjang hayatnya.




      Tapi mungkin telah ditakdirkan arwah abah pergi pada usia yang muda iaitu 53 tahun..masih dalam hati saya sukar untuk mengiyakan yang saya dan keluarga telah kehilangan abah...Tapi apapun saya dan keluarga kena redha  dengan ketentuanNya.


      Perginya abah secara mendadak dan tiba2,saat itu kami sekeluarga begitu yakin abah akan sembuh walaupun mungkin tidak seperti sediakala..tapi mungkin Allah s.w.t lebih menyayanginya..abah meninggalkan kami tepat pada pukul 5.55 minit petang bersamaaan dengan hari Ahad 27/3/2011.


      Waktu tue saya masih ingat adik dan kakak menangis begitu juga dengan ahli kelurga yang lain,dan saya tersedar yang abah yang  saya sayang telah pun pergi ke rahmatuallah...


      Kini tiada lagi dengar suara garau abah memanggil kami,mengajarku memasak resepinya yang tersendiri...dan abah yang begitu penyayang dengan cucunya.


      Ya Allah,
      Hanya doa tanda ingatan yang dapat kami sampaikan buat arwah abah tersayang...WAN AZHAR BIN WAN OSMAN,
      Tempatkanlah dia dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
      Amin..amin ya rabbal alamin..